Thursday, July 24, 2008

Beli barang hanya bila perlu sahaja!

Ya, itulah salah satu cara bagi kita menangani kenaikan kos kehidupan di Singapura.

Ramai orang, terutamanya kaum wanita, sering menjadi mangsa kepada nafsu dan keinginan untuk memiliki lebih daripada apa yang diperlukan. Sifat buruk inilah yang sering menjatuhkan kita secara emosional dan juga secara ekonomikal.

Dapat duit lebih sahaja, digunakan untuk membeli-belah.
Dapat bonus lebih sahaja, digunakan untuk makan di tempat yang mahal-mahal.
Dapat duit overtime sahaja, digunakan untuk membeli telefon bimbit yang mahal-mahal belaka.

Aduii, kalau begini sahaja keadaannya, sampai bila kita boleh simpan wang untuk masa hadapan?

No comments: