Thursday, July 24, 2008

Sebagai seorang isteri/ibu, kitalah yang patut membeli barang-barang pasar untuk dimasak di rumah. Dan seperti semua orang tahu, harga minyak, telur, gula dan beras sudah meningkat dengan ketara sekali.

Oleh itu, kita haruslah pandai mencari tempat untuk membeli barang-barang pasar agar dapat menjimatkan wang kerana kadang-kala, segelintir penjual dengan selambanya menjual barang dengan harga yang tidak berpatutan langsung! Untuk mengelakkan diri daripada tertipu oleh para penjual yang tidak bertanggungjawab, kita haruslah meneroka ke mana-mana untuk mencari tempat di mana barang-barangnya dijual dengan harga yang paling murah!

Tapi awas! Pastikan tempat itu tidaklah terlalu jauh dengan rumah anda. Jika tidak, ia tidak mendatangkan sebarang kelainan kerana anda perlu pula membayar tambang untuk ke sana.

Selamat meneroka!

No comments: