Saturday, July 26, 2008

Sebagai ibu, memanglah naluri kita untuk cuba mendapatkan apa sahaja yang dipinta oleh anak kita. Walaupun keadaan tidak mengizinkan, kita akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan mereka terutama sekali apabila mereka mula merayu-rayu kepada kita. Hati ibu mula tersentuh apabila mendengar suara rayuan anak. Oleh itu, walau apa sahaja yang diminta oleh anak kita, kita akan berusaha untuk dapatkan untuk mereka.

Ini termasuk juga barang-barang yang mahal seperti PSP yang berharga hampir $300, alat pemain muzik (MP3) yang berharga hampir $400, kasut berjenama yang beratus-ratus dolar dan sebagainya. Oleh kerana remaja zaman sekarang terlalu terpengaruh dengan imej ranggi yang ditonjolkan oleh media massa, mereka akan mula meminta itu dan ini daripada ibu bapa mereka.

Memang sudah menjadi lumrah bagi ibu bapa untuk membelikan anak-anak mereka barang-barang yang mereka ingini supaya anak-anak mereka tidak akan berasa dipinggirkan, tidak kira berapa murah atau mahal harga barang itu.

Namun, saya berasa bahawa itu adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan kerana ia hanya akan membuat anak-anak kita manja. Bukan itu sahaja, kita hanya membazir wang kerana kita membeli sesuatu yang tidak diperlukan. Oleh itu, ibu bapa haruslah pandai mengawal anak-anak dan mengingatkan mereka tentang situasi kewangan yang tidak stabil agar mereka memahami situasi kita.

No comments: