Jaket merah berjenama Puma - $89.90
Jaket merah tidak berjenama - $13
Jika anda diberi peluang untuk membeli salah satu daripada jaket yang tertera di atas, yang manakah yang akan menjadi pilihan anda?
Tidak dapat dinafikan bahawa begitu ramai orang yang akan memilih jaket berjenama Puma itu kerana ia lebih di'kenali' ramai dan mereka akan kelihatan lebih ranggi jika memakai jaket berjenama itu.
Namun, bagi saya, jenama hanyalah satu logo yang berharga berlipat-lipat ganda daripada jaketnya sahaja. Pada dasarnya, kita membayar berpuluh-puluh dolar hanya untuk logonya sahaja.
Oleh itu, usahlah kita melihat sesuatu dari jenamanya sahaja kerana sememangnya, kualiti kedua-dua jaket adalah sama!
Tiada jenama; jimat bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment