Saturday, July 26, 2008

Si isteri sepatutnya berada di rumah sahaja. Masak, kemas dan jaga anak. Manakala si suami pula bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyara keluarga.


Setujukah kamu dengan pandangan tersebut?

Pada pendapat saya, saya setuju sekali....jika saya tinggal dalam zaman dahulu, di mana kos kehidupan sangatlah rendah.

Kita sekarang hidup dalam zaman kemodenan di mana kos kehidupan, terutama di Singapura, adalah sangat tinggi. Pada hemat saya, kita tidak boleh lagi hanya bergantung kepada si suami untuk mencari wang untuk membesarkan anak-anak, bayar bil api, air, elektrik, bayar yuran sekolah anak-anak, beli barang pasar...ah, banyak lagi lah!

Walaupun kita tidak patut melepaskan tanggungjawab kita sebagai isteri dan juga ibu, kita patut juga membantu suami kita mencari wang kerana sesungguhnya, ianya adalah sangat sukar bagi suami kita mencari wang sebanyak begitu untuk menyara keluarga dalam keadaan di mana kos kehidupan sudah meningkat dengan cepat sekali. Oleh itu, seorang isteri itu patutlah keluar mencari pekerjaan untuk membantu suaminya mencari wang agar tidaklah berat sangat bagi si suami untuk menyara keluarga.

Namun, semua itu harus dilakukan jika keadaan mengizinkan. Maksud saya, si isteri patut pandai menilai sama ada waktu membenarkan dia untuk bekerja atau tidak. Jika anak-anaknya masih kecil dan masih memerlukan seorang ibu untuk menjaga mereka, sudah pasti tidak wajar baginya untuk bekerja.

Justeru, seorang isteri itu patutlah pandai membahagikan masa dengan begitu cerdik agar dapat mengimbangi tanggungjawabnya sebagai isteri, ibu dan juga pekerja agar dapat membantu suami dan keluarganya dalam keadaan hidup yang semakin perit ini.

No comments: