Saturday, July 26, 2008

Sememangnya, saya sangat bersetuju bahawa kos kehidupan di mana-mana sahaja di dunia sedang meningkat. Ini terlebihlah ketara ditunjukkan di negara Singapura.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Singapura haruslah bangun dan sedar akan hakikat ini dan kita haruslah bertindak dengan secepat mungkin agar tidak menjadi mangsa situasi kewangan sebegini. Oleh yang demikian, ianya adalah sangat penting bagi kita melakukan apa sahaja yang terpaksa untuk menyelamatkan diri daripada tenggelam di dalam permasalahan yang semakin lama semakin rumit.

Walaupun secara semulajadinya kaum wanita adalah golongan manusia yang lebih mementingkan kecantikan, kita harus mengorbankan keinginan untuk kelihatan terlebih cantik kerana situasi kewangan tidak membenarkan.

Walaupun secara semulajadinya kaum ibu adalah golongan manusia yang senang disentuh hatinya dengan pujuk rayu anak-anak, kita harus bersikap tegas bagi kebaikan diri kita, keluarga dan juga anak-anak kita.

Walaupun secara semulajadinya kaum isteri ditanggungjawabkan di rumah sepenuh masa untuk menjadi keperluan suami dan anak-anak, kita harus bersikap proaktif dan melanggar ''undang-undang'' bagi menyesuaikan diri dalam zaman kemodenan agar dapat membantu suami mencari wang bagi menyara keluarga.

Semua itu hanyalah sebahagian daripada apa yang boleh dilakukan bagi setiap individu untuk menangani masalah kos kehidupan yang semakin meningkat. Yang lain tergantung kepada individu untuk melaksanakan apa yang patut untuk mengatasi masalah tersebut.

Saya boleh menyenaraikan pelbagai cara bagi mengatasi masalah kenaikan kos kehidupan tetapi semuanya bergantung kepada individu sama ada mereka ingin melakukannya ataupun tidak.



Apa pendirian anda?

No comments: