Kais pagi, makan pagi.
Kais petang, makan petang.
Janganlah pula kita kais pagi, makan pagi petang siang malam.
Jika kita mampu untuk membeli sesuatu yang sungguh cantik di mata, maka belilah asalkan benda itu dibeli dengan hasil titik peluh sendiri. Namun, jika kita tidak mampu untuk membeli sesuatu barang yang kita sudah idamkan sejak sekian lama, janganlah sesekali berangan hendak membelinya. Lebih teruk lagi, janganlah sampai sanggup berhutang dengan orang semata-mata hendak memuaskan nafsu.
Bab hutang-piutang ini, jangan sesekali diremehkan. Walaupun kita hutang sedolar, kita mungkin disuruh membayar berlipat-lipat ganda daripada satu dolar itu. Lihat saja kadar peminjaman wang di bank-bank. Aduh, wang bunganya..tak sanggup saya hendak fikirkan!
Yang pasti, satu hutang boleh berjangkit kepada 2, 3, 4 dan seterusnya! Pokoknya, hutang ini ibarat virus; beranak tanpa henti! Mungkin ia disebabkan keghairahan si peminjam kerana mereka boleh dapat wang secepat kilat. Namun, seringkali, mereka tidak memikirkan akibat peminjaman wang dan berapa banyakkah wang yang mereka harus bayar semula untuk melangsaikan hutang mereka.
Oleh itu, janganlah sesekali meminjam wang atau berhutang walaupun seteruk mana keadaan. Yang pasti, wang yang paling baik adalah wang yang diraih dari hasil titik peluh sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment